Thursday 23 June 2011

Cinta Monyet..... Perlukah ketika disekolah?


Perasaan cinta...

Perasaan cinta adalah satu lumrah semulajadi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Ianya juga menjadi satu keperluan utama bagi setiap manusia yang hidup diatas muka bumi ini untuk saling menyayangi diantara satu sama lain. Simboliknya perasaan cinta ini apabila ianya dijadikan suatu legenda bermula daripada skop sejarah Islam iaitu, Adam & Hawa, Yusof & Zulaika, Muhammad dan Aishah hingga ke persada Eropah iaitu Romeo & Juliet, Vallentino & Gabriella dan sebagainya.



 Perasaan cinta mula berputik apabila sesorang itu mula merasakan perasaan aneh ataupun ketidak-tenteraman dari aspek naluri dan emosi. Secara khususnya, manusia dijadikan berpasang-pasangan bagi menyempurnakan kehidupan sesama mereka. Secara normalnya, lelaki akan terpikat terhadap wanita dan wanita juga akan terpikat kepada lelaki (bagaimana pula anda ?). Adakah cinta itu hadir dari segi fizikal?, atau meterial?, atau nilai ketaqwaan seseorang?, itu terpulang kepada pandangan seseorang itu terhadap "penarik" perhatian mereka. 


Tambahan lagi, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud, "lelaki itu pemimpin keatas wanita". Persoalannya, adakah cinta yang melibatkan pasangan adam dan hawa ini perlu ketika dibangku sekolah?.

Pada pandangan saya, cinta monyet ini hanya mainan perasaan sewaktu remaja sahaja.
Ini kerana remaja sekarang sudah mempunyai trend berCOUPLE untuk menunjuk2 pada kwn2 mereka bahawa mereka mampu untuk bercinta dan mempunyai kekasih yang kacak atau cantik.
Semua ini terpulang kepada anda, kerana setiap insan mempunyai pandangan yang berbeza.
Tetapi ingat la bahawa tiada yang lebih penting di dunia ini selain ilmu pengetahuan.


Renung-renungkan dan selamat beramal..:)


No comments:

Post a Comment